Hari persandingn Abgku.....

Hari persandingn Abgku.....

waktu yang dinanti-nanti bergelar suami..

waktu yang dinanti-nanti bergelar suami..

Meja belajar

Meja belajar

Wednesday, December 22, 2010

Monday, December 20, 2010

CINTA ILAHI

Kulakarkan sebuah kisah cinta,Di antara dua insan yang mulia,Jiwa yang sentiasa menghadap,Tuhan yang ESA...Dalam mencari cinta ILAHI,Fitrah manusia menghimpit diri,Apatah lagi cinta insani,Di antara Adam dan Hawa ini...Kerana ingin menjaga iman di dada,Risikan kepada Hawa di ketenghkan,Berbunga hait si Adam,Pabila mekar kelopak untuknya...Kasih ILAHI menggunung tinggi,30 juzu' ingin diimpi,Lalu ingin di percepatka harapannya,Dalam mencari kasih ILAHI...Dibiarkan jawapan diputuskanAntara wali yang diwajibkan,keperluan material diterapkan,Agar sempurna masa depan...Si Adam kelu tak terkata,Kerana diri masih mencari ilmu,Dalam perjalanan yang panjang,Cinta ILAHI yang penuh cabaran...Lalu diputuskan satu harapan,Cinta ILAHI mesti diutamakan,Diputuskan ikatan pertunangan,Biarpun janji ALLAH adalah jawapan...Dibiarkan si Hawa dengan pilihannya,Moga bahagia hingga hujung nyawa,Tak lupa di akhirat sana,Cinta ILAHI dibawa bersama...

BILA HIDAYAH MENYAPAKU..........

Kenangan itu masih mengimbau kotak mindanya. Masih menjadi teman setia kepada mimpinya yang enggan pergi pada dinihari yang kedinginan itu.
"Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kepadanya." ( Jatsiyah:23)
Mengapa dia masih berperasaan sedemikian sedangkan telah diusir perasaan itu dari dalam dirinya sejak lama dahulu? Hidupnya kini telah dibebaskan dari perasaan yang membelenggu jiwanya itu. Perasaan serba salah dan dosa yang amat. Kenapa kenangan itu harus kembali semula?
Dan dia cuba untuk memadam memori silam namun kisah itu bagaikan berterbangan di kotak matanya yang hampir berair.
5 tahun lepas..
"Awak, awak sanggup tak buat apa sahaja untuk saya?" Harman dengan lembut bertanya, sambil membelai rambutnya yang bertebangan dek angin yang melambai.
"Hurrm.... Apa dia? Banyak dah saya buat untuk awak ini," dengan senyuman manja dia membalas.
Ya, apa lagi yang dia tak buat untuk Harman. Segala-galanya akan diserahkan buat pujaan hatinya itu. Harman Haji Khalid. Pemuda idaman yang menjadi siulan rakan-rakan di kampusnya. Pemuda tinggi lampai berbidang sasa. Lesung pipinya menjadi pelengkap kepada wajahnya yang sudah setia tampan. Dengan sedikit kumis di dagunya, Harman mempu menggetarkan sekilas pantulan mata wanita. Dan Harman adalah miliknya! Siapa yang tidak berasa bertuah mendapat jejaka itu. Apa sahaja untukmu Harman akan kutunaikan!
"Saya tahu. Saya tahu awak sanggup buat apa sahaja untuk saya. Tapi itulah, permintaan ini agak berat sikit. Tak taulah awak sanggup tak nak buat,"
Adlina mula berkira-kira sendiri akan permintaan Harman. Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri. Dia tahu apa yang dilakukannya adalah salah. Duduk berdua-duaan di tempat sunyi sambil bersentuh-sentuhan. Tapi dia tak mengerti kenapa dia sangat suka buat perkara itu. Dia merasakan kebahagiaan tak terhingga bersama Harman. Hidupnya terasa berbunga-bunga penuh makna. Hari-hari dia bernyanyi riang sepulangnya dia pulang keluar bersama Harman sehinggakan adik beradiknya lali dengan suara sumbangnya menyanyi-nyanyi di dalam bilik air.
Kadang-kadang bisikan hatinya menghembus udara suci, minta dirinya untuk berhenti sejenak dan berfikir. Kadang-kadang dia membuka mahkota agungnya di hadapan Harman.Harman teringin melihat kecantikannya. Kecantikan yang sepatutnya dinikmati oleh mereka yang berhak. Namun Harman berjanji padanya jika ada rezeki mereka akan berkahwin. Dia tahu Harman takkan menipu. Harman terlalu baik untuk menipu.
Allah akan ampunkan dosaku, bisiknya. Dia bukan tak nak kahwin. Cuma masanya belum lagi. Dan dia pasti, pintu taubat itu sentiasa terbuka. Allah akan ampunkan dosa-dosanya. Lagipun dia masih solat dan bertudung di hadapan orang lain.
"Cakaplah sayang, apa dia?"
Perlahan-lahan Harman meramas tangannya dan memegang kejap kedua belah tangannya. Jantungnya berhenti berdegup. Kadang-kadang Harman gemar membuat aksi-aksi romantis, dan dia sangat rasa dihargai apabila Harman melayannya sebegitu.
"Adlina permata hati saya, sudikah Adlina menjadi pemaisuri rumah tangga saya? Yang akan mewarnakan hari-hari saya dan menjadi ibu kepada anak-anak saya?"
Dia gumam. Terkesima. Antara gembira dan teruja. Dia tak mampu berkata apa-apa. Ada manik-manik yang hampir jatuh di pipinya. Perasaannya terlalu gembira tetapi tiada kalimah yang dapat mengucapkannya.
"Tapi Adlinaku sayang, boleh tak saya nak minta sesuatu dari awak?"
Dan dia membiarkan Harman berbisik halus di celah rongga telinganya. Matanya bulat tatkala Harman habis berbicara. Diketap kedua bibirnya. Keliru dirasakan dirinya ketika itu. Dia masih belum boleh berkata-kata sambil merenung bebola mata Harman yang berharap.
Lama ditenung mata hazel jejaka yang menjadi pujaan ramai itu. Mata itu mampu mencairkan hati perempuan-perempuan yang lemah.
Dan akhirnya dia mengangguk setuju...

Sunday, December 19, 2010

Pantun Mari Sembahyang Yang Manja

  1. Apasal la aku malas sembahyang,Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,Berdiri tanpa roh malam & siang...Apasal la aku malas sembahyang,Kerja dah best keluarga pun dah senang,Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....Apasal la aku malas sembahyang,Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...Apasal la aku malas sembahyang,Main bola aku sanggup sampai petang,Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?Apasal la aku malas sembahyang,Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,Pagi Kita sihat petang boleh kejang,Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....Apasal la aku malas sembahyang,Siksa neraka Cuba la aku bayang,Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh Halang!!!

rasia tahi lalat

Hahaha. Mari-mari kita hiburkan hari ini dengan mengetahui rahsia tahi lalat. Semua orang ada tahi lalat. Tetapi tak tahu la saya kalau-kalau ada orang yang langsung tiada tahi lalat ini.
Thanks kepada saudari Mazrah Yusop kerana sudi berkongsi artikel Rahsia Tahi Lalat ini.
Tanda
Firasat Tahi Lalat
Bibir atas kanan
Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri
Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan
Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri
Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan
Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri
Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah
Tercapai cita-cita
Biji mata kanan
Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri
Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan
Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri
Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan
Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri
Malas dan suka duduk
Betis kanan
Suka berhibur, boros
Betis kiri
Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan
Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri
Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan
Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri
Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang
Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan
Cerdas dan cekap
Kening kiri
Cerdas dan sopan santun
Tengah kening
Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan
Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri
Suka berpoya-poya
Ketiak kanan
Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri
Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan
Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri
Kehendak kuat
Batang hidung
Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung
Banyak rezeki
Dagu bawah kanan
Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri
Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri
Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki)
Bakal beristeri dua
Tumit kanan
Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri
Baik budi
Alis kanan
Suka menolong dan baik hati
Alis kiri
Ramai yang suka
Pangkal peha kanan
Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri
Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan
Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan
Suka menolong
Jari kaki kiri
Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan
Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri
Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan
Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri
Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan
Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri
Menepati janji dan rajin
Pipi kanan
Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan
Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri
Ramai teman
Ubun-ubun
Kurang jujur
Pusat
Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan
Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri
Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan
Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri
Disayang pasangan hidup
Dada kanan
Dapat mengatasi masalah
Dada kiri
Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan
Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri
Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan
Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri
Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan
Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri
Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan
Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri
Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan
Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri
Dapat berpangkat
Perut bawah kanan
Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri
Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam
Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam
Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar
Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri
Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan
Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas
Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas
Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah
Agak malas
Kelopak mata kiri bawah
Agak bodoh, kurang bijaksana

Friday, October 1, 2010

takut aaaaaaa

tgl sebln je lg nk exm....ermmm mcm nk ngis je

Monday, March 15, 2010

sayang emak............aku sayang emak

Sayang Emak...

>
>
> Click Me!
>
>
> Orang kata aku lahir dari perut mak...
> (bukan org kata...memang betul)
>
> Bila dahaga, yang susukan aku.... mak Click Me!
> Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
> Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
> Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Click Me!
> Click Me!Bila bangun tidur, aku cari.... mak
> Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
> Bila nak bermanja, aku dekati....... mak
> Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak Click Me!
> Click Me!Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
> Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
> Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
> Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
> Bila takut, yang tenangkan aku.... mak Click Me!
> Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
> Aku selalu teringatkan ..... mak
> Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
> Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
> Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
> Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Click Me!
> Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
> Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
> Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
> Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
> Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
> Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak Click Me!
> kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
> Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
> Click Me!Yang selalu berleter kat aku... mak
> Yang selalu puji aku.... mak Click Me!
> Yang selalu nasihat aku...... mak
> Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
>
> Click Me!Aku ada pasangan hidup sendiri....
>
> Bila seronok, aku cari....pasanganku Click Me!
> Bila sedih, aku cari..... mak
>
> Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
> Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
>
> Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku Click Me!
> Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
>
> Click Me!Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
> Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
>
> Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku Click Me!
> Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
>
> Click Me!Selalu... aku ingat pasanganku
> Selalu.. mak ingat kat akuClick Me!
>
> Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
> Entah bila... aku nak talipon mak
>
> Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
> Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
>
> Renungkan:
> "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
> mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
> Berderai air mata jika kita mendengarnya..........
>
> Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
> MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
>
> Click Me!
>
>
> Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
> berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
> berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
> berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
> berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
> berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
>
> dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......
>
> Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
>
> 1) Tolong pergi kedai : RM4.00
> 2) Tolong jaga adik : RM4..00
> 3) Tolong buang sampah : RM1.00
> 4) Tolong kemas bilik : RM2.00
> 5) Tolong siram bunga : RM3.00
> 6) Tolong sapu sampah : RM3.00
> Jumlah : RM17.00
>
> Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
>
> 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
> 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
> 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
> 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
> 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
> Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
>
> Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
>
> "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.