Hari persandingn Abgku.....

Hari persandingn Abgku.....

waktu yang dinanti-nanti bergelar suami..

waktu yang dinanti-nanti bergelar suami..

Meja belajar

Meja belajar

Wednesday, December 23, 2009

novel

Sinopsis : DAMAI KASIHKU SOFIA percaya bahawa cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Cinta tidak mengajarnya menjadi lemah, tapi membangkitkan kekuatan.Cinta tidak mengajarnya menghina diri, tapi menghembuskan kegagahan dan semangat.


Perlukah Sofia mendambakan cintanya kepada Robert? Dia tidak mahu perkahwinan yang bakal dibina semata-mata kerana cinta, sebaliknya lelaki itu perlu mendalami Islam yang sebenar. Namun, dia tidak menolak bahawa dia amat menyayangi dan mengasihi lelaki itu. Dia buntu...


Idham tidak pandai bermadah seloka. Namun, dia yakin dapat menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada Sofia. Namun, mengapa hati gadis itu masih ragu-ragu? Aduhai, jiwanya bergetar tatkala mereka bertentang mata.


Kehadiran Haikal bagaikan suatu rahmat dalam hidup Sofia. Haruskah dia terus berjuang untuk dinobatkan sebagai juara dalam pertempuran cinta ini? Ini akan terbukti bila dia melafazkan akad nikah dengan gadis pujaannya itu.

pantun bosan di pagi hari

Assalamualaikum saya ucapkan,
Kepada hadirin yang sungguh budiman,
Salam kemesraan juga ingin saya sampaikan,
Khas untuk semua pengunjung sekalian.

Sarapan disantap di waktu pagi,
Untuk mengisi perut yang gelisah ini,
Jangan lupa sebelum makan gosok gigi,
Nanti sakit gigi, tanggunglah sendiri.

Nyaman sungguh pagi ini,
Udara segar menyihatkan diri,
Senaman patut dibuat setiap hari,
Sungguh elok untuk kesihatan sendiri,

Pantun dibuat di pagi hari,
Hanya untuk sesuka hati,
Saja nak menyemak di ruang blog ini,
Untuk tatapan diri sendiri.

Jari jemari menari-nari,
Membuat tarian di atas papan kekunci,
Entah apa yang ditaip oleh diri ini,
Layan sajalah untuk suka suki.

Ayam tetiba bernyanyi-nyanyi,
Melatih vokal setiap hari,
Kadang-kadang sedap juga didengari,
Tetapi ada masa pitchingnya terlari-lari.

Pantun ni tetiba macam bosan pula,
Kalau bosan janganlah dibaca,
Tengok pun dah cukup saja,
Memadailah syarat yang ada.

Terasa ingin mengundurkan diri,
Kerana idea tak mahu memunculkan diri,
Nak buat macam mana lagi,
Kalau tak ada idea memang susah nak merapu lagi.

Sekian sahaja pantun yang bosan ini,
Salah dan silap harap dimaafi,
Hasil rekaan oleh tuan punya blog ini,
Hanya untuk menghilangkan bosan di pagi ini,


catatan hari ini,

Rahsia iblis

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."

Posted by Buaya-Merah at Tuesday, December 08, 200

pengetahuan am

Telah dinukilkan dalam kitab "ghizaul albab" karangan As-safarini jilid 1, m/s 242... Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan di antaranya:

1. Orang yang berwudhuk (ketika sedang mengambil wudhuk).
2. Orang yang sedang berada di dalam tandas.
3. Orang yang sedang makan dan minum.
4. Orang yang sedang berperang.
5. Orang yang sedang membaca Al-Quran @ berdoa
6. Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah (ketika haji dan umrah).
7. Orang yang sedang mengajar, berkhutbah, dan memberi nasihat.
8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
9. Orang yang sedang azan dan iqamat.
10. Orang yang sedang qada' hajat.
11. Orang yang sedang bersama isteri (jima').
12. Orang yang sedang iqamat.
13. Orang yang sedang mabuk.
14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi.
15. Orang yang sedang solat.
16. Orang gila.
17. Kanak-kanak.
18. Orang yang mengantuk @ sedang tidur.
19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman.
20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah.

Novel ilham hati

RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri. Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan.

Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya. Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?

Untuk FRAGMEN ILHAM HATI, sila klik : http://www.alaf21.com.my/

Damya Hanna posted @ 10:52 AM